Tuesday, May 26, 2009

Jus Qaseh

http://anaedar.comJus Qaseh
Makanan Sunnah Pilihan Rasul Khazanah Ummah
Sabda Rasulullah s.a.w....

"Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". Riwayat Baihaqi
Apa kelebihan Jus Qaseh?
Jus Qaseh adalah gabungan dari pemakanan yang menjadi amalan para rasul iaitu madu, habbatus sauda', air zam-zam, za'faran, tin, zaitun.
Jus Qaseh ini disediakan oleh tangan-tangan yang menjunjung syahadah dengan penuh tanggungjawab, hemah dan tatasusila Muslim yakni tunduk dan patuh pada hukum syara' dalam memelihara kesucian murni melalui Amalan Pengilangan Islam (Islamic Manfacturing Practice atau IMP)

Formulasi makanan sunnah Jus Qaseh ini diperkasa dengan bacaan Nur Qaramah Ayatul Quranul Karim serta doa-doa Al Hadis bagi mengukuhkan zarah adunan ini.
Dan beberapa gabungan herba-herba terpilih seperti ginkgo biloba, sireh dll.
Apa kata mereka yang telah memakannya...

Pn Nor Azuana, Kajang
Masalah: Diserang Hepatitis B, hati & tubuh membengkak, mata & kulit kekuningan, pendarahan semasa hamil & kedudukan uri rendah yang serius.

SEBELUM- Sejak Awal kehamilan September 2007 saya mengalami pendarahan. Pada Disember 2007 pendarahan tersebut semakin banyak yang mengakibatkan saya ditahan di wad berulangkali pada minggu ke 25, 26 dan 27 kehamilan. Uri saya juga disahkan berada pada tahap rendah yang boleh mendatangkan mudarat kepada saya dan kandungan. SELEPAS- Sejak minggu ke 27 kehamilan pada Januari 2008 saya mengamalkan Qaseh Adinda. Selepas 1 hari, pendarahan telah berhenti serta merta! Saya dibenarkan pulang selang beberapa hari pemerhatian. Dalam tempoh hampir 3 minggu, kedudukan uri saya juga disahkan doktor telah berada pada posisi yang baik dan selamat kepada kandungan. Alhamdulillah.. kini virus Hepatitis B tidak lagi aktif, hati saya telah pulih, tubuh tidak lagi membengkak, mata dan kulit saya tidak lagi kekuningan, tiada lagi pendarahan dan saya dapat merasakan tubuh saya lebih sihat dan cergas untuk menunaikan ibadah dan tanggungjawab seharian. Alhamdulillah pada April 2008 yang lalu, saya bersalin TANPA PEMBEDAHAN! Saya amat mengesyorkan Qaseh sebagai pilihan nombor satu keluarga untuk anda dan keluarga serta kenalan anda.

En Md Zin, Gombak
Masalah: Lemah jantung, Ghout & lemah daya ingatan
SEBELUM- Saya telah mencuba pelbagai rawatan sejak tahun 2004. Kepenatan yang teramat sangat, kaki membengkak akibat ghout kesakitan sehingga tidak mampu berjalan, tidak mampu solat seperti biasa dan daya ingatan yang terlalu lemah. SELEPAS- Satu hari selepas mengamalkan Qaseh Kekanda, bengkak di kaki saya sudah tidak berdenyut lagi. Selepas 3 hari pula, saya sudah mula boleh mengisut ke bilik air. Dalam tempoh 7 hari, saya sudah boleh berdiri dan berjalan seperti biasa. Kini saya boleh mendirikan solat seperti biasa, menunggang motor dan memandu kereta dan daya ingatan saya pulih hingga mampu membaca Al Quran dengan baik, Alhamdulillah.
Pn Robayah, Selayang
Masalah: Tekanan emosi akibat kecederaan kaki yang parah akibat kemalangan.
SEBELUM- Saya terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan separuh daripada tulang kaki saya dibuang dalam pembedahan. Besi dimasukkan bagi membentuk semula struktur tulang kaki saya. Saya menggunakan kerusi roda selama 6 bulan dan bergantung kepada penyokong badan. Dalam tempoh berlatih untuk berjalan, saya mengalami kesakitan yang teramat sangat. Dalam masa itu emosi saya terganggu dan tertekan sehingga sering menangis sendirian. Sejak itu saya sering mencari penawar untuk rohani dan jasmani sehingga bertemu dengan Qaseh Adinda. SELEPAS- Khabar mengenai keistimewaan Qaseh saya kenali dan sejak itu saya bersungguh-sungguh mengamalkannya. Alhamdulillah, dalam tempoh 2 minggu, saya mula merasai perbezaannya. Dalam pada itu saya merasai satu semangat yang kuat dan ia mendorong untuk saya menjadi lebih tabah dan sihat. Saya dapat merasai perubahannya. Tiada lagi kesakitan pada kaki saya dan juga kini saya mampu memandu kereta dan lebih kuat dari segi emosi dan kini saya lebih sihat dalam menunaikan tanggungjawab beribadah dan harian.
En Razali, Kajang
Masalah: Ghout dan arthritis
SEBELUM- Saya diserang ghout dan arthritis sejak 2005. Sejak itu saya sering mendapatkan ubat tahan sakit atas nasihat doktor. Namun serangan yang kronik pada bulan Mei 2007 mengakibatkan saya menggunakan tongkat dan tidak mampu berjalan serta tidak mampu mendirikan solat seperti biasa. Saya juga tidak bermaya. Saya hampir lumpuh sepenuhnya. Ini mengakibatkan saya mengalami tekanan perasaan yang mendalam. Hampir 9 bulan saya tidak dapat hadir bertugas. SELEPAS- Namun, pada Ogos 2007 setelah hanya seminggu menggunakan Qaseh Kekanda, saya kini mampu berdiri dan berjalan tanpa bantuan tongkat, solat seperti biasa dan lebih bertenaga dari sebelum ini. Saya amat bersyukur kepadaNya kerana dipertemukan dengan Qaseh. Alhamdulillah.

Aqibah Bt Md Kasa, Kajang
Masalah: Komplikasi jantung semasa hamil
SEBELUM- Secara jujur saya katakan pada tarikh 15 Mei 2007, saya ke klinik untuk pemeriksaan ke atas kandungan saya, anak yang ketiga. Turut mendebarkan hati saya, doktor mengesahkan saya menghadapi masalah jantung. Jadi, saya perlu membuat pemeriksaan untuk kali yang kedua pada tarikh 23 Mei 2007. Justeru saya terpaksa akur dengan suratan takdir kerana keputusannya adalah sama. Walau apa pun, saya hanya merayu kepada Allah s.w.t. apabila disahkan saya perlu berjumpa dengan doktor pakar. Dalam menyerah diri di samping doa dan linangan air mata, saya perlu berikhtiar usaha dengan cara yang lebih relevan kerana masalah yang sama sudah lama dihadapi oleh keluarga saya terutama orang tua saya (ayah) perlu berulang alik ke hospital. Sehubungan dengan itu, pembimbing saya memperkenalkan produk Ana Edar Sdn Bhd iaitu Qaseh Adinda kepada saya. Atas nasihatnya saya mengamalkan produk ini 3 sudu malam dan pagi. SELEPAS- Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kerana pada tarikh 28 Jun 2007, doktor mengesahkan masalah jantung saya sudah pulih! Di kesempatan yang ada ini, saya turut melakarkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana berjaya membekalkan produk ajaib ini. "wang boleh dicari, kesihatan yang hilang sukar diganti" kecuali memeliharanya dengan pemakanan kesihatan yang tulen. Saya ucapkan setinggi-tinggi syukur kepada Ilahi kerana mempertemukan saya dengan Ana Edar Sdn Bhd.
Pn Asmah, Gombak
Masalah: Asma (lelah) sejak kecil, kencing manis (Diebetes) & darah tinggi sejak 18 tahun.
SEBELUM- Sejak kecil saya menghadapi masalah asma. Hingga terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Kerana masalah ini saya sering kelesuan. Tambahan sejak 18 tahun lalu, saya dibebani pula dengan masalah kencing manis dan darah tinggi. Saya telah mencuba pelbagai rawatan dan sering ditahan di wad. Akibat komplikasi kencing manis, kaki saya mula gatal dan luka-luka sentiasa berair. Doktor juga mengesahkan ia komplikasi kencing manis. Saya juga mengalami patah tangan dan doktor membuat keputusan untuk memasukkan besi melalui pembedahan. Tetapi oleh kerana faktor usia dan sejarah saya yang mengalami asma, kencing manis dan darah tinggi, doktor membatalkannya kerana risiko terlalu tinggi. Saya kelesuan dan sering tidak sihat. Sendi-sendi juga sering kesakitan. SELEPAS- Setelah 2 minggu saya mengamalkan Qaseh Adinda kadar bacaan gula dan darah tinggi telah menurun pada tahap normal. Luka-luka kaki saya pula telah kering. Doktor pun mengatakan ia ajaib! Tangan saya yang patah juga tidak perlu dimasukkan besi dan pulih dalam tempoh 3 minggu sahaja. Tiada lagi masalah sakit-sakit sendi. Masalah asma saya juga telah pulih dan tidak perlu bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Saya dapat merasakan badan saya ringan dan merasakan diri saya sama seperit orang muda yang bertenaga, Alhamdulillah.
Ramai Yang Telah Mendapat Manfaatnya, Anda Bila Lagi?
Jadikanlah Jus Qaseh Sebagai Makanan Harian Anda...
Adakah Anda Berminat... call@ SMS 019-2505253/019-2765253

Tuesday, March 10, 2009

Gambar









Atuk & Opah kat kampung......

Monday, October 20, 2008

Selamat Hari Raya 2008


Selamat Hari Raya Semua Nie gambar My sarah,fiqah irfan and sufaat

Wednesday, August 27, 2008

Farewell Dinner Tupai-Tupai Restoran















Macam- macam ada

Due to the recent reshuffling exercise, some of us will be transferred to other department. Therefore macam biasa, mengikut tradisi Exam Department, we are planning to have MAKAN-MAKAN-MAKAN unlimited seberapa banyak yang mahu.


Thursday, August 21, 2008

Khas kaum lelaki Bergelar Suami

  • Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
  • Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
  • Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
  • Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
  • Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri s eda ng makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
  • Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax s eda ngkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
  • Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal Cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!
  • Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri Cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
  • Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
  • Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
  • Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
  • Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
  • Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
  • Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
  • Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
  • Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
  • Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
  • Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
  • Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.
  • Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
  • Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
  • Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
  • Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami
    boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Untuk kaum lelaki bernama SUAMI & rujukan untuk kaum ISTERI - Dr.Fadhilah Kamsah

Tuesday, August 19, 2008

Trip Penang 16/8/08


Nie lah pemandangan ditepi laut penang tempat berlakunya tsunami
Hotel depan laut pemandangan cukup indah.....yang paling seronok nya percutian yang di Sponsor....ala...artis ... betul x. jgn salah faham this offis trip...next month dah x dpt ge lagi cam nie sbb mama mysarah dah x kat dept exam lagi,tapi mungkin kat tempat lain...mana tau

Belanja sakan diorang tu....


Jangan terkejut! nie lah pertama kali nya aku menjejak kaki disini sbb x tahu jalan mengikut saja gerak kaki menekan minyak .....terus depan ...depan lagi...depan lagi akhirnya aku sampai mana pun kami x tahu....tempat nya macam tmpt peraginan view nya memag cantik.....masuk org semua pandang kami...rupa-rupanya tokong... ala ala ge bejing pulak ....tpi tak lepas kan peluang untuk merakam gambar disitu sbb kami tau kami x akan sampai lagi disini...kuang..kwang
Ya Allah Ampunkah Hamba mu nie...

Monday, August 18, 2008

Takziah ku....

Nampak x disebalik gambar ada gambar.....Nie lah satu2nya kakak kesayangan ku...mak gah mysarah senyuman nya masih dalam kenangan tapi skg ia tiada lagi....... disemadikan 17/6/08 - 2.30pm 41thn di perkuburan Danau kota

'Ayu,Ariff and Amira Love u'

Dengan rasa renda diri dan dukacitanya Maksu mengucapkan takziah Seluarga keatas pemergian Bonda tercinta. Doa Mak su semoga allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan aman bersemadi.Ingatlah sekelian, jangan sesekali iringi pemergianya dengan tangisan dan ratapan, iringinya dengan doa dan sirami dengan bacaan yasin, taburi dengan alfatihah. Cinta dan kasih sayangmu terus kekal walau berpisah dimata dihati jangan. Kuatkan semangat untuk melalui detik ini. Tuhan lebih sayangkan bondamu. doakan ia aman disana. Sesungguhnya semuanya adalah ujian dan dugaan yang kaya dengan hikmahnya. Terimalah ketentuan dengan penuh keikhlasan. Redha dengan qada dan qadar.

~ALFATIHAH~

Buat tatapan dan renungan bersama..

Seoarang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan tiga org anak seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang tabah dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin, ia juga adalah isteri yang sangat setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang kepada anak-anak-anaknya. Rumah tangga yang indah ini kekal selama 21 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia.

Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan taziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan taziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini.Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu.Si suami meneruskan kata-katanya: Demi Allah yang tiada Ilah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Taala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla Llahu alayhi wa aalihi wa sallam);

Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga.[1]Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia. Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan taziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya. Semoga Allah Taala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya.

Masyaallah…alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie…adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya….

kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia.tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi…hehehee